
MKIS...atau lebih dikenali dengan Mont'Kiara International School, adalah sebuah sekolah antarabangsa yang menempatkan lebih 1000 orang pelajar berusia 3-21 tahun, terdiri daripada pelbagai bangsa dari lebih 50 buah negara. MKIS telah wujud di Kuala Lumpur Malaysia sejak 15 tahun lamanye..wow! suatu jangka masa yang agak panjang...
Di sini jugalah aku memulakan kerja pertamaku selepas grad dari UiTM, dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan & Maklumat...
Aku mendapat tawaran pekerjaan pada minggu terakhir latihan praktik di PTAR Shah Alam..Alangkah gembira rasa hati, kerana tidak perlu aku pening kepala, memikirkan susah payahnya untuk aku mencari kerja selepas tamat belajar, apatah lagi kalau aku x dapat kerja & terpaksa menanam anggur di rumah...mengabehkan boreh...hehehe...
Lalu, bermula 1 Ogos 2008, aku pun memulakan khidmat sebagai Library Assistant di Library MKIS. Setelah lebih 3 bulan bekerja, aku dinaikkan gaji (tapi sikit je pun) dan dinaikkan jawatan sedikit sebagai Assistant Librarian...dan..selepas 7 bulan bekerja dinaikkan pula sebagai librarian (tapi still multitask, dan still kuli kepada teacher librarian) huhu...ape nak buat...xde harapan nak jadi boss. Kalau di MKIS ni, jgn mimpi la nak jadi orang atasan, bosses sumanya foreingners...kita?? hanya berpeluang duduk di bawah mereka..walau dah buat sehabis baik, mempertingkatkan prestasi dan menunjukkan semua kebolehan yang sedia ada.
Jadi, setelah 9 bulan bekerja di MKIS, aku mula mencari peluang yang lebih baik...yang lebih sesuai dengan ilmu yang aku perolehi semasa pengajianku di UiTM, ditambah dengan pengalaman yang aku timba sepanjang berada di MKIS. Bukan aku tidak selesa bekerja di MKIS. Aku hargai segala tunjuk ajar dan ilmu yang mereka, rakan seperjuanganku berikan, cuma aku mencari peluang yang lebih baik, untuk aku menaiktarafkan kehidupanku sendiri, melakukan yang terbaik untuk masa yang akan datang...
Begitu banyak kenangan pahit dan manis sepanjang berada di MKIS, yang takkan kulupakan sampai bila2...Dalam bulan yang ke-10 bekerja, aku agak sibuk menjalani temuduga2 bagi memperoleh pekerjaan yang lebih baik (boss aku xtau pon aku pegi interview, aku amek MC je)..huhu...rasa bersalah gak, sebab asek la amek MC, tapi kau xde jalan lain...kalau nak amek cuti manjang, cuti yang aku dapat bukannye banyak..setakat 8 hari setahun..kalau amek EL, kena potong gaji..jadi??? terpaksalah aku amek MC je..dan, akulah ratu MC di MKIS tu...
Gedebak gedebuk, masuk bulan Jun 2009, aku dapat offer kerja di PTAR UiTM Shah Alam...Alhamdulillah! doaku dimakbulkan Allah...Allah permudahkan urusanku...syukur sangat2..jadi, aku pun bagi notis sebulan pada majikan MKIS, menyatakan pemberhentianku..Sedia tu memang ade nak tinggalkan MKIS, tapi apakan daya, perasaan gembira itu melebihi segalanya...
Dan kini, aku tiada lagi di MKIS...MKIS cuma dalam kenanganku...tempat itu akan tetap kukenang...sebagai sesuatu yang amat berharga, juga menjadi salah satu penyumbang untuk aku melangkah ke titian yang lebih mencabar, lebih menjanjikan masa hadapan yang gemilang (dan terbilang...)heheheh....Gudbye MKIS! TQ so much...